Followers

Wednesday, October 23, 2013

3rd Quarter of 2013 In My Life

Alhamdulillah di beri kesempatan untuk menaip semula di blog usang yang lama dah ditinggalkan...

Bermacam-macam perkara yang aku lalui untuk tahun 2013 ini dan Alhamdulillah semuanya dpermudahkan oleh Allah s.w.t..

Kehidupan adalah suatu perjalanan yg pnjg yg pengakhirannya adalah kematian...So beware dgn apa yg anda buat ok guys..!!

Ok nak diceritakan first sekali pasal kehidupan aku sebagai pekerja untuk majikan aku...Pahit duka gembira ketawa memberi pelbagai pengalaman...Akhirnya bos aku yg dsygi Puan Nurul Hafizah dipindahkan ke bahagian lain atas faktor2 yg xdpt dielakkn..akhirnya team kerja yang happening bermula tanggal 2010 akhirnya ilang dan kembali ke zaman tok kaduk..bermula daripada tempoh itu bykla kerja2 yang terumbang ambing berikutan pulak masuk bos yg baru tetapi kerjanya wallahualam..Tak mampu nak berkata2..Selepas cuba bertahan bersama shbt seunit aku si Suhaimi akhirnya kami pon xmampu nak bertahan juga kat sini..Aku dah buat permohonan pertukaran...samala dgn shbt aku jgk..Tup,tup Alhamdulillah pertukaran aku diluluskan walaupun bukanlah tempat yang aku mohon...Mungkin ada hikmah yang telah Allah sediakan disebalik pertukaran ini...Wlupun berat hati untuk bertukar namun aku redha dengan ketetapan Allah..

Kisah kehidupan tentang pasangan hidup..Opss!!still mencari...smnjak perpisahan dgn seseorg pada 17 september 2012 aku masih mencari yang sesuai utk diriku ini..perpisahan yang berlaku adalah kerana aku terpaksa membuat keputusan tersebut untuk aku melihat dia bahagia..mungkin aku sperti melarikan diri daripada masalah namun sbnrnya mgkin itulah jalan yang terbaik dan hikmahnya sgtlah besar..kini aku tau "DIA" bukanlah dia yang dahulu tetapi menjadi seorang wanita yang tabah dan cekal..nak kata aku cerewet bolehlah...nak cari pasangan bersama untuk jgka masa yg panjang mmg wajib utk aku menilai dari segala aspek..semenjak berpisah dgn si "DIA", telah hadir dua org wanita dlm hidup aku, namun mgkin bkn juga jodoh..mereka baik dan tiada buruknya...namun atas faktor2 keluarga dan juga beberapa faktor yang lain kami hnya berkenalan rapat seketika tapi masih berkekalan sebagai kawan..terima kasih kepada mereka kerana memahami keadaan yang berlaku...Tetapi terdapat juga faktor dimana aku sukar untuk melupakan si "DIA" yang pernah hadir dalam hidup aku..wlupun kini sudah setahun satu bulan kami berpisah, perasaan yang aku pupuk untuk dia sukar untuk hilang meskipun aku tahu sukar untuk dia menerima aku semula...Namun aku serahkan segalanya kepada ketentuan takdir Allah S.W.T Yang Maha Esa..Aku sekadar mampu berdoa untuk kebahagiaan dirinya.. ^_^ Siapalah aku sekadar hambanya yang hina ingin menyangkal qada' dan qadar yang telah ditetapkan..Semakin hari semakin banyak pengalaman yang aku timba yang menyedarkan aku, walau apa sekali yang kita lakukan janganlah sesekali kita melupakan Allah dalam urusan hidup ini...Segala pahit duka aku kongsikan dgn sahabatku suhaimi dan juga bos lama aku kak nurul..kepada mereka aku berkongsi pahit manis kehidupan yang aku lalui selain Allah Yang Maha Kuasa..mereka banyak memberikan aku tunjuk ajar dan kesedaran serta nasihat agar aku terus tabah dan kuat dlm mengharungi dugaan yang mendatang...terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan kepada mereka kerana mereka sentiasa ade di samping aku di kala saat aku kesepian dan memerlukan kekuatan...

Sesungguhnya segala dugaan yang Allah berikan adalah kerana kita mampu hadapi dan Allah ingin menjadikan kita hambaNya yang lebih tabah dan kuat serta Allah memperigtkn diri aku tatkala aku lalai dan jauh daripadaNya..Ya Allah Engkau ampunilah dosa2ku yang besar dan kecil, yang lalu, kini dan juga masa hadapanku...

Untuk melupakan segala kejadian, aku mengisi segala kekosongan dengan pelbagai aktiviti kerohanian dan duniawi..Duniawi bukan benda yang xelok ye hehe...Aku aktif semula dengan kelab keretaku yang dah lama aku tinggalkan..Nak dijadikan cerita tentang kereta ni, tahun ni saja dua kali aku eksiden teruk yang membuatkan kereta kesygn aku tersadai berbulan2 di bengkel..alhamdulillah aku tak mengalami sebarang kecederaan..Aku pasti ini adalah kafarah kepada dosa2ku yang lampau..tapi kesian jugak pada kete tu hehe..tapi okla dapat rupa yang baru lebih menarik..kan hikmah tu... ^_^ Ditambah dengan itu Alhamdulillah sekarang Allah kurniakan aku dengan keinginan aku untuk sambung belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda..Maka kehidupan seharianku akan bertambah sibuk di hari biasa aku penuhkan dengan bekerja dan hari minggu ke kelas untuk menuntut ilmu...

Menuntut ilmu seperti dalam hadis Rasulullah "Menuntutlah ilmu hingga ke liang lahad"...Tak rugi untuk menuntut ilmu ni...Lagi2 plak aku dah lama tinggalkn bahasa arab bila sekali mula belajar fuh!! boleh tahan jugak nak mengingat..tu la dulu masa sekolah dengan diploma time bahasa arab tido dalam kelas kan sekarang dah dapat kesannya...adik2 yang masih belajar,belajarlah betul2 dan hargai apa yang anda belajar..jgn jadi cam pakcik ni ha kan dah menyesal...hehehe...

Berkaitan dengan karier aku dalam sukan silat nampaknya still maintain lagi...still join lagi pertandingan2 peringkat malaysia dan antarabangsa..Tapi dah x sesemangat dulula...InsyaAllah lepas ni dah nekad nak mulakan semula karier aku sebagai seorang silat from the basic..Quote yang selalu aku gunakan sebagai pembakar semangat ketika traing ialah "Go Hard Or Go Home"

Semakin hari kehidupan semakin sibuk dan semakin mencabar..Alhamdulillah dengan kekuatan yang dikurniakan Allah aku dapat menempuh segala dugaan dengan tabah dan sabar...Lagi2 baru2 ini apabila ibu ku telah dimasukkan ke hospital seremban kerana menghidapi paru-paru berair..Berkat doa daripada rakan2 dan keluarga ibuku kembali sembuh Alhamdulillah terima kasih kepada mereka semua...Ibuku menjadi lebih kuat berbanding dahulu..aku gembira melihat perkembangan ibuku sekarang...Terima kasih Ya Allah atas segala limpah kurnia nikmat yang Engkau telah berikan...

Next thing dalam hidup aku..??hrmm kdg2 susah jugak sebenarnya utk aku describekan..tapi tu lah bak kata orang follow the flow..Antara misi yang terdekat mungkin untuk memperbetulkan apa kesilapan yang telah aku lakukan di masa lalu..mungkin berkaitan pelajaranku,mungkin berkaitan psgn hidupku dan pelbagai lagi kemungkinanlah..Aku berserah kepada Allah atas segala urusan kehidupanku, kerana walaupun kita merancang dan Allah juga merancang, sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah Yang Maha Berkuasa..

Seronok juga dah lama xmenaip pnjang2 cenggini haaa...Melimpah ruah idea hehe... =P
Ok till next time guys..!!!

Assalamualaikum... ^_^

#Succesness depend on ur own decision...But never forget to pray to Allah..!!

No comments:

Post a Comment