Followers

Friday, June 17, 2011

STatus KopI Taik Musang..!!

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jakim telah mengadakan kajian kopi ‘luwak’ di Jakarta Indonesia. Kajian ini diketuai oleh S.S. Dato’ Hj. Hassan bin Hj. Ahmad, Mufti Negeri Pulau Pinang merangkap pengerusi Panel Kajian Syariah (PKS), Jakim. Turut serta dalam lawatan ini Prof. Madya Dr. Mahamad bin Arifin, Pensyarah UIAM merangkap ahli PKS, Ustaz Mawarzi bin Dziyauddin, Timbalan Mufti Negeri Kedah, Dato’ Hj. Fadhil bin Hj. Awang AJK Fatwa Negeri Kedah dan 3 orang kru TV ALHIJRAH.

Tujuan kajian ini dijalankan adalah merujuk kepada keputusan PKS kali ke-73 supaya mengadakan kajian lanjut mengenai status kopi luwak dengan mendapatkan sampel biji kopi yang keluar bersama najis musang serta melihat secara lebih dekat proses penghasilan kopi berkenaan.

Ahli rombongan turut dibawa berkunjung ke Majelis Ulama Indonesia (MUI) untuk bertukar-tukar maklumat dalam pelbagai isu serta mendapatkan pandangan fatwa yang telah diputuskan oleh (MUI) mengenai kopi ‘luwak’. Sepanjang program lawatan kajian, delegasi rombongan Jakim turut dibantu oleh Pegawai Atase Agama, Jakarta iaitu Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh.

Hasil kajian yang dilakukan akan dibawa ke Mesyuarat Panel Kajian Syariah, Jakim dan seterusnya diangkat ke Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk diputuskan keputusan mengenainya.



No comments:

Post a Comment